Assalamualaikum KKSM,
- Cerita ini bukan berlaku pada saya tetapi berlaku pada pakcik saya yang bekerja di bilik mayat, di sebuah hospital di bandar Johor Bahru. Kisah yang diceritakan ini berlaku semasa pakcik saya mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital yang mengatakan ada satu mayat dalam perjalanan yang harus diuruskan. Pakcik saya pun terus pergi ke bilik mayat untuk membuat persiapan dengan kawan kerjanya, tetapi pakcik saya orang pertama yang sampai di bilik mayat tersebut.
Bila sampai, pakcik terperasan macam ada orang sedang berdiri di depan pintu bilik mayat tersebut tetapi pakcik saya tak fikir apa-apa masa itu. Sebab pakcik saya ingat itu kawan sekerjanya. Bila pakcik saya menghampiri bilik tersebut, lelaki itu terus beredar dan berjalan ke bangunan lain. Pakcik saya tak fikir apa-apa terus membuka pintu. Baru saja pakcik saya hendak melangkah masuk ke dalam bilik mayat itu, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. "Astaghfirullahal'azim..." pakcik saya terus mengucap. Bila pakcik saya toleh belakang, terperanjat apabila yang berada di belakangnya merupakan orang yang dia nampak tadi, yang berdiri di depan pintu, tetapi mukanya terkopek, kulit kepala tersiat sampai nampak tulang tengkorak.
Pakcik saya terus membaca ayat2 suci dan terus membaca. Makhluk itu terus hilang dari pandangan. Pakcik saya terus menelefon kawannya sebab tak sampai-sampai dari tadi. Nak tahu apa kawannya cakap??? "Apa kau merepek ni, aku tak dapat apa2 panggilan pun..." Pakcik saya pun dah mula menggelabah, terus cepat2 tutup pintu bilik mayat itu. Ketika menutup pintu, terdengar suara orang menangis betul2 di belakang pakcik saya. Masa itu hanya Tuhan saja yang tahu perasan pakcik saya. Menggigil tangan pakcik saya semasa hendak kunci pintu itu. Pakcik saya menguatkan diri cuba menoleh ke belakang. Benda itu betul2 muncul di depan muka pakcik saya dan pakcik saya lantas menjerit, "Ya Allah..!!!" dan terus pengsan. Sekarang pakcik saya sudah berhenti kerja sejak kejadian yang menyeramkan itu. Yang peliknya siapa yang menghubungi pakcik saya???
Cerita Hantu - Panggilan Dari Siapa???
Posted by
Momod ads.id
at
10.07
Tags :
#Cerita Hantu
#Cerita Misteri
Related : Cerita Hantu - Panggilan Dari Siapa???
Dunia Mahluk Halus - Pada kenyataannya banyak orang yang tertarik menelaah pada dunia mahkluk halus, barang kali mereka mendengar beberapa cerita atau membaca tulisan atau dari buk ...
Hantu Belakang Kereta di Bukit Lengkok - Kisah Seram Seram!Hantu Belakang Kereta di Bukit Lengkok KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam ...
Misteri Dunia 5 Misteri di Dunia yang Tidak Bisa di Jelaskan Dengan Logika Misteri merupakan sesuatu yang bersifat fiktif yang membuat orang merasa ingin tahu . Misteri bias ...
Kisah Seram - Padang Bola Kisahnya begini.........Semasa mereka bermain dengan bestnya..pada mulanya mereka ataupun penduduk terhibur dengan permainan mereka tetapi makin lama makin kurang o ...
Kisah Seram - Gelang merah - Suatu hari temanku masuk rumah sakit, dan dia harus menginap beberapa hari di sana. Aku menjenguknya siang hari, aku rasa keadaannya sudah membaik, tap ...
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »